Rutin yang tidak konsisten

Haha. post sebelum ni rancak macam semangat sangat nak walking setiap hari

Namun apakan daya. rutin kerja sangat sibuk dan susah nak ambil mood nak keluar rumah bila dah super duper busy (alasan sangat ni)

So hari ni kita pecahkan rekod malas keluar rumah dan konon2 busy. dapat la 6k steps. Moga esok ada sinar harapan nak pegi jalan dan tambah steps lagi

keluar rumah tadi lebih kurang 9am. masuk pukul 10.30 tu dah macam terik sikit dah matahari

bila lama tak kena matahari dan sekali dapat kena. nikmat betul rasa. macam kena cas je badan ni. Memang lumrah manusia agaknya perlukan cahaya matahari.

Doakan aku dapat buat ni at least seminggu sekali pun ok la

Projek Router OS 7

Akhirnya, setelah 1-2 bulan Router OS 6 buat masalah tiba2 dia reboot sendiri dan aku tak berani nak upgrade Router OS 7 atas dua sebab berikut :

  1. Takut config lari nanti BGP routing pun takut effect dekat production Router
  2. Tak ada backup router in case update tu gagal

Nak jadi cerita, dugaan pelbagai mendatang sebelum berjaya upgrade router ni

  1. Order equipment tapi gagal install router OS terbaru. Mungkin hardware terlalu baru. Maka order pulak equipment lain yang serasi
  2. Anak aku pulak ada check up doctor. Tertangguh pulak dua minggu

Alhamdulillah lepas je urusan personal selesai dan urusan equipment selesai. Maka siap lah setup dan config untuk Router OS 7 dan berjaya dimasukkan dalam rack

Oh ya. masa nak masuk dalam rack tu pun ada la dugaan kecil. Tapi semua dah selesai dan up and running

Harapnya versi ni lebih stabil dan laju.

Universal PCB Aircond

Ini kali kedua aku tukar PCB untuk aircond kat rumah. Kali pertama aku lupa berapa tahun aku guna aircond tu. mungkin sekitar 3-4 tahun guna lepas tu masalah. almost 24 hours aircond tu run

Kali pertama aku call LG dan nak minta warranty sebab kat situ tulis warranty untuk unit compressor adalah 10 tahun. Kita pun cuba la nasib walaupun aku boleh jangka kebiasaannya kita akan terima pelbagai alasan untuk mereka tidak rugi

Lepas dah call dah bincang, mereka cakap masalah PCB dan perlu tukar. Harga PCB masa tu RM350 dan harga upah pun RM350. Mereka maklum bahawa PCB tidak termasuk dalam warranty

Setelah fikir panjang. aku decide nak tukar. dan setelah tukar aircond tu ok sehinggalah 2025 masalah datang kembali seakan sama…

Aku pun taknak bagi peluang dekat LG lagi. Sebab dah tukar original masih lagi sama. Maka dengan itu aku buat keputusan untuk tukar Universal PCB sahaja.

Lepas dah tukar dan aircond boleh digunakan, rasa gembira dan berharap tahan la lagi 2-4 tahun.

Tapi bukan rezeki nampaknya. Lepas 24 jam, masalah yang sama timbul.

Next plan = Tukar aircond baru je lah!

Jemputan Mynic

Dapat jemputan dari Mynic Berhad untuk tengok pemenang yang berjaya dapat hadiah untuk kempen beli domain dan menang

Hadiah agak lumayan (Iphone / IPAD / Laptop / TV / Gold Bar) dan paling besar adalah Proton X50

Tahniah pada pemenang kereta afham.com.my

Aku bukan programmer

apa lagi kalau bukan programmer kena la rujuk dengan chatgpt. tapi tak semudah yang disangkakan. dia suggest pun kadang2 tak faham dan tak jalan jugak dengan apa yang kita nak.

So far dah siap lebih kurang 80% hasil dari godek menggodek. Tapi bukan tangan aku sorang jugak! bos aku pun buat jugak benda ni. Sama ada aku buat dia touch up atau dia buat aku touch up. ikut la sapa jumpa dulu solution untuk sesuatu masalah

Outlook 2010 / 2007 TLS Windows 7

0x800ccc1a: Server Does Not Support The Connection Encryption

Earlier windows Version (windows 7) and not sure about the other version like XP / Vista etc may have problem with Microsoft outlook for SSL version or TLS version as per above error

The steps that I have tried and solve the issue :

  1. Install KB3140245 updates
  2. patch easyfix from Microsoft website
  3. Edit registry as follow
For TLS 1.2
Registry location: HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Control\SecurityProviders\SCHANNEL\Protocols\TLS 1.2\Client
DWORD name: DisabledByDefault
DWORD value: 0

4. Reboot your computer

Good luck!

Radio amatur

gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah minat yang terpendam lama kini dicungkil semula. minat sebab pernah tengok abah main2 dengan benda ni dulu. tapi jadi terbantut sebab nak meneruskan hobi ni kena ambil lesen. Aku bukanlah jenis minat membaca dan ambil exam. Jadi aku biarkan hobi ini dalam kotak fikiran yang paling hujung dulu

Bila dah ada kekuatan nak pegi ambil exam baru kita cuba la apa yang patut dan alhamdulillah berjaya. Tapi bila dah ada lesen ni ada satu lagi kesukaran kecil yang perlu aku tempuh iaitu aku ni bukan kaki bercakap dengan orang sangat atau dalam istilah lainnya aku adalah seorang “introvert”

Tapi tu tak ada la satu halangan yang besar untuk meneruskan hobi ni. Sebab hobi radio amatur ni banyak juga cabangnya yang boleh dipelajari. Contoh buat antenna sendiri. Belajar tentang gelombang / frekuensi dan lain2

1 2 3 4