Radio amatur

gambar sekadar hiasan

Alhamdulillah minat yang terpendam lama kini dicungkil semula. minat sebab pernah tengok abah main2 dengan benda ni dulu. tapi jadi terbantut sebab nak meneruskan hobi ni kena ambil lesen. Aku bukanlah jenis minat membaca dan ambil exam. Jadi aku biarkan hobi ini dalam kotak fikiran yang paling hujung dulu

Bila dah ada kekuatan nak pegi ambil exam baru kita cuba la apa yang patut dan alhamdulillah berjaya. Tapi bila dah ada lesen ni ada satu lagi kesukaran kecil yang perlu aku tempuh iaitu aku ni bukan kaki bercakap dengan orang sangat atau dalam istilah lainnya aku adalah seorang “introvert”

Tapi tu tak ada la satu halangan yang besar untuk meneruskan hobi ni. Sebab hobi radio amatur ni banyak juga cabangnya yang boleh dipelajari. Contoh buat antenna sendiri. Belajar tentang gelombang / frekuensi dan lain2