Tingkat Nafsu

tahan-nasfu

1. Ahli Nafsu Ammarah
Tabiat hati ahli peringat ini selalu terdedah kepada godaan hawa nafsu dan syaitan. Oleh itu nafsu ammarah sentiasa menyuruh seseorang itu melakukan kejahatan, sama ada dia faham perbuatan itu jahat ataupun tidak. Baik jahat adalah sama di sisi perasaan hatinya. Dia tak pernah rasa bersalah atau menyesal dengan segala perbuatan jahatnya malah terkadang berasa lega dan gembira melakukannya.

2. Ahli Nafsu Lawwamah

Nafsu ini lebih elok dan tinggi sedikit darjatnya daripada nafsu ammarah kerana ia tidak puas hati di atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu ia mencela dan mencerca dirinya sendiri. Namun tabiatnya sekali sekala tidak terlepas dari melekukan maksiat dan kejahatan, lalu ia cepat-cepat beristigfar kepada Allah serta menyesal atas perbuatannya

3. Ahli Nafsu Mulhamah

Nafsu Mulhamah ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang cemar melalui zikir. Maka terbuanglah lintasan-lintasan fikiran kotor atau khuatir-khuatir syaitan dan diambil alih pula dengan lintasan-lintasan dari malaikat atau Allah dimana ia disebutkan sebagai ‘ilham’

4. Ahli Nafsu Mutmainnah

Nafsu mutmainnah adalah permulaan mendapat darjat wali kecil

Biasanya mereka dari martabat ini tidak termesti mempunyai keramat-keramat yang luarbiasa , ilmu yang tak perlu belajar (ilham) kerana ia dapat mengesan rahsia-rahsia dari Loh Mahfuz. Syurga untuk golongan ini terjamin kerana mereka ibarat emas 7 yang bermutu.

5. Ahli Nafsu Radhiah

Mereka sudah berjaya mencapai kejernihan hati yang teguh. Bukan senang mencapai maqam nafsu ini kerana ia bukanlah sebarang benda yang boleh disumbatkan ke dalam hati jika tidak ada kesungguhan yang hakikidalam perjuangan mujahadah dan ibadat dalam mencapai maqam nafsu yang mulia ini. Tabiat mereka adalah luar biasa kerana mereka tidak takut pada bala Allah dan tidak gembira pada nikmat yang diberikan Allah. Yang mereka tahu hanyalah keredhaan pada Allah

6. Ahli Nafsu Mardhiyyah

Maqam ini adalah yang tertinggi dari maqam radhiah kerana percakapan atau kelakuan mereka adalah diredhai Allah dan diakui Allah. Jiwa mereka, perasaan mereka, lintasan hati mereka, gerak geri mereka, penglihatan, pendengaran, pancaindera, penumbuk penerajang mereka kesemuanya diredhai Allah.

7. Ahli Nafsu Kamil

Orang yang hendak mencapai nafsu kamil ini mestilah ia melalui dahulu proses perjalanan nafsu-nafsu satu demi satu dari nafsu yang terendah sekali iaitu ammarah hingga sampai ke maqam nafsu yang tertinggi iaitu nafsu kamil. Maqam nafsul ini adalah tertinggi dan teristimewa sekali dari maqam wali-wali yang ada di muka bumi ini. Kerana mereka dapat menghimpunkan antara batin dengan zahir

Ruh mereka atau hati mereka kekal dengan Allah tetapi zahir tubuh kasar mereka bersama-sama dengan pergaulan orang ramai. Hati mereka kekal bersama Allah tidak kira diwaktu lena ataupun jaga